[perakan] Warga tua dapat melihat semula
Mon, 25 Jul 2005 21:08:52 -0700
KOTA BHARU, 25 Julai: Derita seorang warga tua yang hilang penglihatan mata kanannya dipercayai akibat dimasuki habuk sejak tiga bulan lalu berakhir selepas menjalani pembedahan menukar kornea mata.
Nasib malang yang menimpa Hussin Yaacob, 66, mendapat perhatian Kelab Lions Kota Bharu yang membantu mendapatkan sumbangan kornea mata daripada Northwest Lions Eye Bank, Amerika Syarikat.
Ketika ditemui di Wad Melati, Hospital Kota Bharu (HKB), Hussin berkata, pengalaman hilang penglihatan selama tiga bulan memang menakutkan kerana pada masa sama matanya sakit.
"Saya rasa terharu dengan jasa Kelab Lions yang tampil membantu mendapatkan sumbangan kornea mata ini. Tanpa usaha mereka, saya pasti tidak dapat melihat sehingga sekarang.
"Hasil sumbangan kornea yang diperoleh, saya selamat menjalani pembedahan di HKB pada 12 Julai lalu. Saya bersyukur kerana boleh melihat semula dan dapat melakukan kerja-kerja ringan di rumah selain membantu isteri saya, Siti Mariam Jusof, 63," katanya.
Hussin berkata, dia hilang penglihatan selepas matanya dimasuki habuk ketika melakukan kerja pembersihan sampah di rumahnya beberapa bulan lalu.
Pakar mata HKB mendapati matanya mengalami jangkitan kuman sehingga yang menghilangkan daya penglihatan dan menyebabkan kesakitan yang serius pada matanya.
Pemangku Presiden Kelab Lions Kota Bharu, Ronald Toolseram, berkata setakat ini, kelab itu sudah mengusahakan sumbangan derma lebih 10 kornea mata kepada penduduk negeri ini.
Katanya, sebelum ini kornea mata yang disumbangkan kepada pesakit di HKB dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, diperoleh dari bank mata Sri Lanka.
"Ini kali pertama kami terima sumbangan dari Amerika Syarikat. Kelab Lions akan terus membantu golongan yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa," katanya.
Pakar Mata HKB, Dr Nik Azlan Nik Zaid, berkata pembedahan menukar kornea mata mengambil masa kira-kira dua jam dan pesakit mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk sembuh dan penglihatan akan menjadi lebih jelas. //Sumber Bha
http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1701

0 comments:
Post a Comment