Monday, May 25, 2009

Kerajaan negeri bantu Kelab Lions bina pusat sindrom down


Kerajaan negeri bantu Kelab Lions bina pusat sindrom down
Mohd Nor Yahya
Tue | Nov 11, 08 | 5:53:12 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Nov (Hrkh) - Usaha Kelab Lions Kelantan membina pusat kegiatan harian sindrom down turut mendapat kerjasama kerajaan negeri apabila menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000.

Kelab tersebut bercadang membina sebuah bangunan sebagai tempat pelbagai kegiatan sindrom down pada awal tahun hadapan.

Bangunan tersebut bakal mempunyai empat bilik darjah, dewan makan, dua kelas dan studio, bilik mesyuarat, taman permainan, kolam renang terapi, surau, ruang ibu bapa serta kawasan letak kereta.

Pembinaan bangunan membabitkan kos RM1 juta akan dibina di tapak seluas setengah ekar terletak di Lot 61, Seksyen 4, Jalan Kelochor yang diberi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Bangunan tersebut, Hassan Hussin berkata, kerajaan negeri turut memberi kerjasama dengan menyalurkan peruntukan bagi membina bangunan untuk kegiatan anak-anak sindrom down.

"Keprihatinan kerajaan negeri bertepatan dengan prinsip Kelantan sebagai negeri berkebajikan. Kelab Lions kini dapat mengumpul dana sejumlah RM300,000 hasil sumbangan korporat dan individu yang prihatin," ujar beliau.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Tabung Pembinaan Bangunan Sindrom Down di Kelab Golf & Desa dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pusat Sindrom Down Kelab Lions, Subramaniam Niachiappan, wakil Majlis Agama Islam Kelantan, Nik Mohd Noor Nik Ishak dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohd Noor Chik.

Hassan berkata, Kelab Lions menyewa sebuah rumah di Taman Rakyat Kubang Kerian sejak 10 tahun lalu bagi menjalankan aktiviti kanak-kanak sindrom down.

Menurutnya Pusat Sindrom Down kelolaan Kelab Lions tidak mengenakan sebarang bayaran kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka mendapat latihan di tempat tersebut.

Bagaimanapun kata beliau ibu bapa perlu berada bersama kanak-kanak semasa aktiviti pemulihan dijalankan.

Beliau berkata, pusat tersebut menjalankan aktiviti bermula jam 8 pagi hingga 3 petang yang dibahagikan kepada dua sesi.

Kanak-kanak yang menjalani latihan di pusat harian sindrom down berumur antara 3 hingga 7 tahun. Kebanyakan mereka yang mengikuti pemulihan di situ berpeluang memasuki kelas khas di sekolah rendah kebangsaan.

"Pihak kami juga merancang untuk mengadakan majlis makan malam sambil menderma yang akan diadakan pada masa terdekat," katanya.

Manakala orang ramai yang ingin menderma bagi pembinaan bangunan tersebut boleh menyalur sumbangan ke akaun 755-105146-6, OCBC Bank di atas nama Lions Club Of Kota Bharu.

Atau hubungi talian 012-928 4333 (Hassan), 012-937 7432 (Yew Beng) dan N.Subramaniam (012 983 7070). Sumbangan derma dikecualikan cukai. - mj _


Source : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17858&Itemid=99999999


0 comments:

Post a Comment

Lions Club Kota Bharu

Lions Club Kota Bharu
Information about the progress of new Down Syndrome Centre

4th YLC 2010

4th YLC 2010
Click Here Now :)

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP